Majlis Pelancaran Projek KPD Di Kundasang [2024-01-31]


Majlis Pelancaran tiga projek KPD di Kundasang iaitu Kilang Pemprosesan Bibit Cendawan Mesilau, Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) dan Stesen Minyak KPD yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim; Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg Tuan Peto Galim; Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jennie Lasimbang; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Robert Stidi; Pengurus Besar KPD, Pn. Jamilah Lee; Pegawai Daerah Ranau, Tuan Tinus Manggam serta semua Ahli Lembaga Pengarah KPD pada 30hb Jan 2024 lalu.